Friday 22 March 2013

UKHWAH ITU INDAH

Assalamualaikum sahabat2 sekalian... apa khabar imanmu hari ini... semoga kian bertambah,...
Ya Allah.. aku bersyukur atas nikmatMu..
Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat2 yang saling memahami erti perjuangan ini...
Ukhwah fillah till Jannah..

Bt sahabatku yang lain... terus terang aku katakan, aku turut mendoakan agar terbuka hati kalian untuk bersama2 dalam perjuangan ini...

walaupun lapar, ukhwah itu begitu mengenyangkan aku...
Sungguh, pagi tadi aku berasa sangat tertekan.. namun ada hikmah di sebalikya kerana apabila malamnya.. Allah kurniakan aku kenikmatan dalam bersujud, berdoa serta ceria disamping sahabat2 tercinta...

Hurm... Hari nie aku dapat hadiah...
Jeng3...



apakah ini.??


 there you are... Al- Ma'thurat kecil



 sedikit coretan dari pemberinya..
terima kasih akak...
Sayang akak sampai syurga...

okey... nie cite pasal semalam plak dimana aku iftar kat masjid..
makan dlm talam with ahli usrah n sahabat2 yang lain..
bagi aku, walaupun saling tidak rapat, tapi  dengan berkongsi makanan 2 boleh merapatkan silaturrahim yang terbina...
Ya Allah... indahnya ukhwah itu..
bagi insan yang tidak pernah dan tidak berapa suka perkara sedemikian.. cuba dulu...
baru tahu...

nie lah santapan iftar kami..

 Nasi putih+ kari Ayam+ pisang+ acar timun.
Air sirap x dilupa...

setakat itu sajalah coretanku di masa yang singkat ini..
banyak assigment nak bt nie...
dateline dah dekat...

kata2 yang bermakna hari ini,... :
 Jangan terlalu mudah menberi alasan...

Ya Allah... ingin sekali aku ke Palestin... 

Ya Allah , ampunilah dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami, guru2 serta sahabat2 kami... Bukakanlah hati kami untuk berjuang menegakkan Islam di mana saja kami berada..Redhailah perjalanan kehidupan kami Ya Allah...

Yang Benar <3
HafizahRadhi

Thursday 14 March 2013

MINGGU YANG SUKAR

Assalamualaikum....
sebagai seorang pelajar, mesti ade suatu masa tu kita rasa malas n susah sgt ak belajar.. Bukan malas, tapi x de semangat nak bt apa2.. Even though bnyak assigment nk kna buat, tapi Pja rasa x de semangat nk bt... badan terlampau letih smpai x boleh nak buat apa2..
Kenapa la ngan aq nie....
Ish3..
sedih bila pikir balik... bnyak masa terbuang.. tp nk bt mcm mana... x dak semangat langsung... Astghfirullah...
Jangan malas pija... Jangan malas...


Ampunkan dosa kami Ya Allah...
~ Fieza Radhi ~

Sunday 10 March 2013

KAU SAHABAT, KAU TEMAN

Assalamualaikum... 
tetiba Pja teringat akan sahabat Pja yang dah pergi meninggalkan dunia ni... 
Masa Pja dapat tau tu, sahabat tersebut dah setahun pun meninggal dunia...  
Kalau x silap, tahun nie tahun ke 4 setelah ketiadaan arwah..
Duhai sahabat... aku sentiasa doakan kau aman dan tenang di sana...
Walau perkenalan kita sebentar cuma, kenangan denganmu tidak kan ku lupa smpai bila2..

 
Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

  Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


 
 Ampunkan dosa kami Ya Allah...
~ Fieza Radhi ~

LAFAZ YANG TERSIMPAN

Assalamualaikum...
Lagu nie khas pja tujukan buat Mak dan Abah..
rindu Mak, rindu Abah..
tak terluah bila nak berbicara..

LAFAZ YANG TERSIMPAN

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Ya Allah, Ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka mengasihi , memelihara dan mendidikku di masa kecilku..

 
 Ampunkan dosa kami Ya Allah...
~ Fieza Radhi ~

Wednesday 6 March 2013

♥ ::KeNaPa AuRaT WaNiTa LeBiH BaNyaK DaRi AuRaT LeLaKi:: ♥



Assalamualaikum..
cerita nie copy paste je dr facebook..  maaflah.. belum ada kesempatan nak mengarang..

pic dari Pakcik Google




Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.

"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."

"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."

"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"

"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!"

"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"

"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"

"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"

"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"

"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"

"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"

"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"

"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

P/S: masih raso xpuah ati lg ??? fikirkan n bersyukurlah ^_^

Tuesday 26 February 2013

SELAMAT ULANG TAHUN

Assalamualaikum semua...
 lama jugak x update nie... rindu pulak..

 hurm... nak share skit.. hari nie.. 27/2/2013 adalah ulang tahun kelahiran adik bongsu pja yang ke 13 thn...
birthday adik dekat ngan mak.. mak pada 25/2/ 2013..

happy birthday bt mak and wanie...
sorry kak x dpt nak sambut sama2 sbb dok jauh... boleh wish kat hp n sini je..
ape2 pon kak sentiasa doakan mak, abah n family...



MAK
Selamat ulang tahun yang ke 45
Semoga panjang umur dan murah rezeki.. 
Semoga dipanjangkan jodoh dgn org tersayang till Jannah..
Semoga hidupmu penuh dengan kebahagiaan dan barakah..
Semoga semua impian dan doa Mak dimakbulkan Allah.. 
Semoga Allah sentiasa meredhaimu Ibuku...
In Syaa Allah...
Sayang Mak Sangat3..  <3


WANIE
Selamat ulang tahun yang ke 13
Selamat menempuh alam remaja yang penuh cabaran
Semoga hidupmu bahagia dan diberkati Allah..
Bahagiakan diri n bahagiakan Mak Abah..
Jadi anak yang solehah..
Jangan lawan ckap Mak Abah..
 Sayang Wanie..   <3


 Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai. ~Mutiara Kata~



 Ampunkan dosa kami Ya Allah...
~ Fieza Radhi ~

Thursday 21 February 2013

MENJADI SEORANG YANG GANJIL

Assalamualaikum semua....

hari nie x de idea nak menulis, so ari nie pja copypaste je satu yang berkaitan dengan menjadi seorang yang ganjil.. n diakhir nanti pja akan kupas n bagi pendapat sikit pasal persoalan yg di copypaste 2..

ganjil di sini bukanlah beerti memiliki sifat yang ganjil cnthnya berleher panjang ke, bermulut muncung ke.. bukan dari segi fizikal.. ganjil yang pja maksudkan adalah apabila :


gadis yg berniqab menutupi wajahnya dan melabuhkan tudung menutupi dada mereka,, ganjil ??

● gadis yg mengenakan pakaian longgar dan besar mengikut apa yang ditetapkan islam ,, ganjil ??

● gadis yg berasa malu untuk keluar bersama bukan mahram nya seperti orang lain ,, 
ganjil ??
● gadis yg pakai stoking kaki ke mana2 walau mandi bersama kawan2 di laut ,, ganjil ??

● gadis yg pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang ,, ganjil ??

● gadis yg meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya ,, ganjil ??

● gadis yg tidak mengenakan mekap berlebihan di wajahnya dan lebh gemar dgn kcantikan asal ,, ganjil ??

● gadis yg tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain ,, ganjil ??

● gadis yg tak 'couple' sebelum nikah ,, ganjil ??

● gadis yg tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama ,, ganjil ??
 

Sabda RASULULLAH s.a.w :
" ISLAM bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil .. dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya .. dianggap asing dan ganjil .. maka beruntunglah orang-orang yang GANJIL "
(H.R. MUSLIM)


p/s : jd korang lebh suke memilih khdupan 'ganjil' atau korang akn 'lepak' kt gaung neraka ?? ur life ur choice ..

yang nie pja Copypaste dr

okey... dah faham ke belom?
klu belum meh pja terangkan...
pada pendapat pja, memang benar, orang akan memandang org yang menutup aurat nie ganjil kerana mereka menganggap semua ringan..
azab Allah itu sesungguhnya terlalu sakit dan berat..
 di dunia ini, tercucuk jarum pon sudah meresahkan kita, apatah lagi seksaan Allah di neraka kelak..
 

AZAB PEREMPUAN DI NERAKA



Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra’ dan Mi’raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya kejadian yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada baginda saw ialah : 

1. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia, 

2. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya. 

3. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya. 

4. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya. 

5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya. 

6. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

7. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya). 

8. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta. 

9. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

Waallahualam,

yang nie pon pja Copypaste jugak dr


buat kawan2 yang belum berubah, masih belum terlambat untuk berubah dan perbaiki diri...
yang ingin berubah,... teruskan kerana ianya untuk kebaikan dan kesenangan anda di akhirat kelak..
buat sahabat yang telah berubah dan sama2 di Jalan Allah.. Istiqamahlah...


Akhir kata..
berubahlah demi masa depan.. 
In Syaa Allah dunia kita pegang, akhirat kita genggam..

 Semoga keimanan dan ketakwaan kita semua kepada ALLAH SWT bertambah kuat serta selalu menjaga dalam kehidupan sehari-hari.

 
 
Ampunkan dosa kami Ya Allah...
~ Fieza Radhi ~