Thursday 21 February 2013

MENJADI SEORANG YANG GANJIL

Assalamualaikum semua....

hari nie x de idea nak menulis, so ari nie pja copypaste je satu yang berkaitan dengan menjadi seorang yang ganjil.. n diakhir nanti pja akan kupas n bagi pendapat sikit pasal persoalan yg di copypaste 2..

ganjil di sini bukanlah beerti memiliki sifat yang ganjil cnthnya berleher panjang ke, bermulut muncung ke.. bukan dari segi fizikal.. ganjil yang pja maksudkan adalah apabila :


gadis yg berniqab menutupi wajahnya dan melabuhkan tudung menutupi dada mereka,, ganjil ??

● gadis yg mengenakan pakaian longgar dan besar mengikut apa yang ditetapkan islam ,, ganjil ??

● gadis yg berasa malu untuk keluar bersama bukan mahram nya seperti orang lain ,, 
ganjil ??
● gadis yg pakai stoking kaki ke mana2 walau mandi bersama kawan2 di laut ,, ganjil ??

● gadis yg pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang ,, ganjil ??

● gadis yg meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya ,, ganjil ??

● gadis yg tidak mengenakan mekap berlebihan di wajahnya dan lebh gemar dgn kcantikan asal ,, ganjil ??

● gadis yg tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain ,, ganjil ??

● gadis yg tak 'couple' sebelum nikah ,, ganjil ??

● gadis yg tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama ,, ganjil ??
 

Sabda RASULULLAH s.a.w :
" ISLAM bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil .. dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya .. dianggap asing dan ganjil .. maka beruntunglah orang-orang yang GANJIL "
(H.R. MUSLIM)


p/s : jd korang lebh suke memilih khdupan 'ganjil' atau korang akn 'lepak' kt gaung neraka ?? ur life ur choice ..

yang nie pja Copypaste dr

okey... dah faham ke belom?
klu belum meh pja terangkan...
pada pendapat pja, memang benar, orang akan memandang org yang menutup aurat nie ganjil kerana mereka menganggap semua ringan..
azab Allah itu sesungguhnya terlalu sakit dan berat..
 di dunia ini, tercucuk jarum pon sudah meresahkan kita, apatah lagi seksaan Allah di neraka kelak..
 

AZAB PEREMPUAN DI NERAKA



Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra’ dan Mi’raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya kejadian yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada baginda saw ialah : 

1. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia, 

2. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya. 

3. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya. 

4. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya. 

5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya. 

6. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

7. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya). 

8. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta. 

9. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

Waallahualam,

yang nie pon pja Copypaste jugak dr


buat kawan2 yang belum berubah, masih belum terlambat untuk berubah dan perbaiki diri...
yang ingin berubah,... teruskan kerana ianya untuk kebaikan dan kesenangan anda di akhirat kelak..
buat sahabat yang telah berubah dan sama2 di Jalan Allah.. Istiqamahlah...


Akhir kata..
berubahlah demi masa depan.. 
In Syaa Allah dunia kita pegang, akhirat kita genggam..

 Semoga keimanan dan ketakwaan kita semua kepada ALLAH SWT bertambah kuat serta selalu menjaga dalam kehidupan sehari-hari.

 
 
Ampunkan dosa kami Ya Allah...
~ Fieza Radhi ~

 
   



No comments:

Post a Comment